Posts

PERATURAN PERMAINAN

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD AFIQ FIKRI BIN SAFAWI 25DEE21F1082 MUHAMMAD HAZIQ FAHMI BIN ABDUL HAFIZ 25DEE21F1094 AJIRUL ABRAR BIN JUSUF 25DEE21F1093 MUHAMMAD AMIN BIN MOHD RASHID 25DEE21F1075 MUHAMMAD HAQEEM NAJMI BIN AN'RAUNA 25DEE21F1102 MUHAMMAD SYAH FARID BIN SHA’ARI 25DEE21F1101

PENGENALAN PERMAINAN TENG TENG

Image
  Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.   Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.   Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

GELANGGANG

Image
  GELANGGANG : Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan.  Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada  sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong.  Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak. Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) diluk

Kelebihan Permainan Teng Teng

 1.Meningkatkan kekuatan otot kaki 2. Meningkatkan kemahiran mengimbang badan 3. Meningkatkan kemahiran bersosial 4. Membantu mengenal simbol nombor dan turutan nombor menaik 5. Memupuk semangat kesukanan Pergerakan Teng Teng  Lokomotor -melompat -melonjak -melompat dua kaki Bukan Lokomotor -membongkok -melambung -imabangan -melambung ke belakang -lompat setempat 180 darjah

CARA DIMAINKAN

Image
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. Lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.  Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang. Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7